Sejarah Proton Saga (generasi ketiga)

Pasca pelancaran

Generasi ketiga Proton Saga.

Proton Saga generasi ketiga telah dilancarkan secara rasminya pada tanggal 28 September 2016 bertempat di Setia City Convention Centre, Shah Alam, Malaysia.[2][3] Acara pelancaran telah diliputi dalam satu siaran langsung eksklusif oleh paultan.org , dan disahkan pelancarannya oleh Khairy Jamaluddin bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.[4]

Saga generasi ketiga merupakan model Proton terbaru yang menggunakan plat nama yang sedia ada, dan secara langsung menggantikan Saga generasi kedua yang telah dihasilkan bermula awal tahun 2008 hingga akhir 2016. Saga yang baru dilancarkan lebih kurang sebulan selepas Persona baru yang lebih besar dan lebih canggih.

Saga generasi ketiga ini berdasarkan platform Saga FLX, tetapi rekabentuk luaran dan dalamannya telah direkabentuk semula sepenuhnya.[5] Saga baru dikuasakan oleh gabungan enjin 1.3 liter VVT dan transmisi CVT daripada Iriz, malah kedua-dua enjin dan transmisi telah diperhalusi lagi untuk meningkat kecekapan bahan api, mengurang NVH dan memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.[6]

Sewaktu pelancaran, 4 varian Saga baharu telah diperkenalkan, iaitu Standard MT, Standard CVT, Executive CVT and Premium CVT.[2] Kepelbagaian tahap trim dibezakan dari segi kit, penambahbaikan kosmetik dan ciri-ciri keselamatan, tetapi selain daripada itu, dari aspek mekanikal semua varian adalah sama.

Beg udara berkembar dijadikan sebagai standard merentasi seluruh varian, tetapi ABS tidak boleh didapati pada peringkat permulaan Standard, dan ESC hanya dikhaskan untuk varian tertinggi Premium.[7] ASEAN NCAP telah menganugerahkan penarafan empat bintang bagi semua varian Saga baru.[8] Harga Saga baharu adalah dalam lingkungan RM36,800 sehingga RM45,800.[2]

Sehingga 17 Oktober 2016, Proton telah menerima 6,000 tempahan untuk Saga baru, di mana 1,000 daripadanya telah dihantar.[9] Proton menyasarkan jualan sebanyak 5,000 unit sebulan.

Proton telah mengumumkan rancangan untuk mengeksport Saga generasi ketiga untuk pemanduan sebelah kanan dalam pasaran ASEAN, serta di Chile.[2][10] Pengeluaran untuk pasaran eksport akan bermula pada awal 2017.

Rujukan

WikiPedia: Proton Saga (generasi ketiga) http://www.newsaga.proton.com/ http://www.themalaymailonline.com/money/article/ch... http://www.motortrader.com.my/news/new-proton-saga... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/... http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/proton... http://m.utusan.com.my/bisnes/korporat/proton-mena... http://paultan.org/2016/09/24/driven-2016-proton-s... http://paultan.org/2016/09/27/2016-proton-saga-wat... http://paultan.org/2016/09/28/2016-proton-saga-lau... http://paultan.org/2016/09/28/new-2016-proton-saga...